mengenai kami

Firma ini mula beroperasi  sejak  4hb  November  2004,  dipelopori oleh Datuk Seri Sr Hj. Md. Alwi Hj. Che Ahmad, JSM, AMN, FISM selaku Principal / Juruukur Tanah Berlesen, dimana beliau berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang Pengurusan Tanah.

Beliau juga adalah bekas Setiausaha politik Kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga Bekas Setiausaha Politik di Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar, Malaysia dan pernah memegang jawatan Penolong Pengarah Ukur Topografi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wilayah Persekutuan.

Kami juga mempunyai cawangan di Kota Bharu yang di uruskan oleh jurukur tanah berlesen yang juga merupakan rakan kongsi iaitu Sr Ismail bin Ishak

Syarikat kami juga telah di daftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance Malaysia) sebagai :
1) Perunding Juruukur Tanah yang Sah dan Bertauliah ( No. Pendaftaran : 465-02008099)
2) Pembekal perkhidmatan Topografi /LIDAR (No. Pendaftaran : 357-02250287)

Syarikat kami juga telah berdaftar dengan SSM :
1) No. Pendaftaran SSM  201503322043 ( KT0380287-H )

Prinsipal mempunyai lesen jurukur berdaftar :
1) No. Lesen Jurukur Berdaftar  ( LJT 400/2022 )